Festival Filem Pendek silentSHOUT 2011

Tarikh:    7 Disember 2011 (Sabtu)
Masa:      2ptg.
Tempat: Pawagam Mini P. Ramlee, FINAS ( Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia)


Sin Chew Daily

Penterjemahan:
“Pawagam Mini P.Ramlee di FINAS telah dibanjiri oleh penonton-penonton dari komuniti pekak dan  boleh mendengar, bersama-sama menonton dan mengundi  filem pendek  arahan orang pekak pilihan mereka.   

Antara filem-filem pendek yang ditayangkan ialah, “Bisikan Tangan, “Deaf Capoeira”, “Lip Read”, “Pelita Hati” dan “The Park”.

Festival filem pendek silentSHOUT 2011 telah dianjurkan buat ulung kalinya  untuk meraikan dan menayang filem-filem pendek hasil karya dan arahan oleh  pengarah filem pendek orang pekak di  Malaysia.  Pengarah-pengarah filem pendek orang pekak ini juga telah menyertai pertandingan filem pendek silentSHOUT, anjuran silentSHOUT Festival  yang disokong oleh FINAS.

Festival filem pendek silentSHOUT  ini memberi  peluang  dan tempat untuk  orang-orang pekak menjadi pengarah filem , pelakon dan crew filem berkarya dan mempamerkan filem-filem pendek mereka .  Melalui festival filem pendek orang pekak ini,  kesedaran dan kefahaman masyarakat terhadap komuniti pekak akan tersebar.   Aktiviti seperti ini akan merapatkan hubungan mereka.  

Khidmat jurubahasa telah disediakan di sepanjang festival supaya orang-orang pekak dan yang boleh mendengar boleh saling memahami.

Festival filem pendek silentSHOUT 2011 ini juga menganjurkan forum filem pendek, berpanelkan pengarah filem pendek. ” – Sin Chew Daily. 

Maklumat tambahan

Genre filem-filem pendek yang berbeza, dihasilkan oleh pengarah-pengarah filem pendek Malaysia ini  memaparkan kebolehan mereka berkarya dan berkreatif menggunakan keunikan pemikiran masing-masing. Pengarah-pengarah pekak ini juga menunjukkan kebolehan meraka mengarah dan mempamerkan kebolehan bakat-bakat orang pekak untuk berlakon.  Filem-filem pendek oleh pengarah pekak ini juga menceritakan cara hidup dan budaya orang pekak. 

FINAS yang menyokong dari mulanya idea festival filem pendek  orang pekak ini, terus membimbing perjalanan silentSHOUT  untuk menganjurkan dan menjayakan Festival  Filem Pendek silentSHOUT 2011 dengan lancar. Pihak FINAS telah menyediakan tempat tayangan, crew teknikal dan komunikasi serta award pertandingan filem pendek orang pekak ini.

Festival filem pendek silentSHOUT 2011 ini juga menganjurkan forum filem pendek, berpanelkan pengarah filem pendek, Chen Yih Wen, pemenang BMW Shorties 2010; Margaret Bong, pengarah filem pendek “eyefinger” dan Josephine Koo, seorang pelakon pekak dari filem pendek “eyefinger” yang menceritakan pengalaman beliau berlakon dan bekerja  bersama pengarah yang boleh mendengar.   Filem pendek “eyefinger” telah dihasilkan dari dana pembangunan seni filem & multimedia FINAS.  Forum ini telah dimoderasikan oleh Kareem Koh, pengajar  filem silentSHOUT dan juga pengarah filem pendek.  Chen Yih Wen yang menayangkan filem pendek,”Memoria” dan Margaret Bong yang menayangkan filem pendek, “eyefinger” telah berkongsi pengalaman pembikinan filem pendek mereka serta menjawap soalan-soalan dari penonton-penonton yang hadir pada hari ini.  


Chen Yih Wen, Josephine Koo, Margaret Bong & Kareeh Koh
Pemenang Anugerah Festival Filem Pendek silentSHOUT 2011:
Filem Pendek Terbaik
Bisikan Tangan – Dir. Nethaneal Siegfred Enson
 

Cerita Terbaik
LipRead – Dir. Anne Laura Raymond

Cinematografi Terbaik
Pelita Hati – Dir. Farid Mahmud

“Best Effort”
Deaf Capoeira – Dir. Akira Chua & Yong Siew Ling

Pilihan Penonton
Bisikan Tangan – Dir. Nethaneal Siegfred Enson

Kelima-lima filem pendek; “Bisikan Tangan”, “Lip Read”, “Pelita Hati”, “Deaf Capoeira”, dan “The Park”, telah diterima dan akan ditayangkan di 2nd Hong Kong International Deaf Film Festival di Februari 24-26 2012, di Hong Kong. Filem-filem pendek ini akan ditayangkan bersama filem-filem pendek orang pekak dari negara-negara antarabangsa. Maklumat lanjut, sila layari: HKIDFF 2012 – Filem Pendek Orang Pekak Malaysia

Leave a Reply